BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 24, 2009

Kata Aluan

Server ini telah ditubuhkan pada 21/08/2007 pada jam 1723H. Penubuhan server ini merupakan cetusan idea oleh 4 org chatterz iaitu Laden, AWanbiRU_BOyz, putRee dan WhiteLiLy. Tujuan penubuhan server ini adalah untuk memartabatkan kembali melayu kita di dalam dunia IRC. Sudah sekian lama kite berada di bawah jajahan server asing, maka tibalah masanya untuk kita beramai-ramai dan bersama-sama menaikkan server MalayIRC ini. Semua perlu mengetahui bahawa pengasas ataupun owner server MalayIRc ini ialah bro Laden. Beliau merupakan seorang pegawai bank dan telah bertungkus lumus untuk menaikkan server ini tanpa mengira wang ringgit. Beliau penah berkata bahawa selagi beliau ada di dunia ini,server malayirc akan terus utuh dan kekal selamanya. Insyaallah dan berbanyak banyak terima kasih kepada beliau di atas pengorbanan beliau terhadap server ini. Pada 21/08 2009 telah 2 tahun kami bertahan maka tibalah masanya untuk kami mengorak langkah seterusnya meneroka dunia tanpa sempadan ini dengan mencipta satu blog yang rasmi untuk server kami. Walaupun sebelum ini pernah ada beberapa percubaan untuk membina blog namun ianya menemui beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan.Oleh itu diharap dengan adanya blog yang baru ini, maka kita akan terus maju dan berjaya. Segala info-info dan aktiviti-aktiviti yang kami jalankan akan dimasukkan ke dalam blog ini untuk tontonan umum. Sekian terima kasih.